Tuesday, May 26, 2015

MAKARONI KEJU DENGAN BROKOLI DAN UDANG

Lately rasa suka sangat makan pasta.. Suddenly, came up with own recipe.. hoho.. so..this how it works:

bahan-bahan:

-makaroni
-brokoli
-udang
-bawang putih dan bawang merah
-cheddar cheese
-italian herbs
-lada hitam
-garam
-penambah rasa (ajinomoto)

cara masak:


  1. rebus makaroni sehingga lembut. toskan.
  2. dalam kuali/pan, panaskan minyak, tumiskan bawang sehingga wangi.
  3. masukkan udang dan brokoli. tumis sehingga separuh masak.
  4. masukkan cheese. saya guna cheddar cheese slices.. guna 1 slice pun cukup.
  5. masukkan makaroni. gaulkan.
  6. masukkan italian herbs, lada hitam, garam dan penambah rasa secukup rasa. garam tak perlu banyak sebab da masuk cheese.
  7. siap untuk dihidang..
  •  italian herbs yang saya gunakan adalah dari jenama McCORMICK. its a blend herb. bole juga guna rosemary, oregano, thyme, sage dan basil yang berasingan dicampur dalam resepi ini.
selamat mencuba :)


nyum!!

Tuesday, September 30, 2014

TIPS UNTUK BERNIAGA

1. Kenapa ramai usahawan gagal adalah disebabkan ATTITUDE (SIKAP) yang suka menyalahkan orang lain. Bagi mereka, Life is so Easy by blaming others.
2. Kenapa ada orang yang berjaya & ada yang gagal. Ianya terletak kepada bagaimana mereka buat KEPUTUSAN.
3. Tanda orang yang berjaya, mereka sentiasa BERSEDIA. Be Prepared. Ini kerana, kebarangkalian untuk berjaya adalah lebih tinggi jika kita bersedia.
4. Jika seseorang itu buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh, Insyaallah semua yang benda yang dia buat pasti bersungguh-sungguh. How you do anything, Is how you do Everything.
5. Orang yang berjaya, hatinya luas. Bukan kecil yang suka sentap :D
6. Sebelum nak labur banyak wang dalam perniagaan, fokuskan untuk banyakkan pelanggan dahulu. Jangan terus buka wisma jika pelanggan masih sedikit. Ingat, fokus untuk ramaikan pelanggan dahulu.
7. Orang yang berjaya, apabila mereka mulakan sesuatu, mereka akan akan lakukan dengan terbaik sehingga habis. Orang gagal pula sebaliknya.
8. Orang yang berjaya, mereka pantas buat KEPUTUSAN, Serius dengan apa yang mereka buat & sentiasa berikan 100% komitmen.
9. Untuk orang suka beli produk kita, kita perlu sukakan Allah terlebih dahulu. Cari keberkatan.
10. Untuk jadi orang yang berjaya, perlu berkawan dengan orang yang lebih berjaya.
11. Formula untuk berjaya, TUKAR kawan.
12. Orang yang berjaya sikapnya berbeza. Mereka tak suka komplen. Mentaliti & kesabarannya pun berbeza.
13. Orang berjaya pantas buat keputusan & tindakan. Mereka tak terhegeh-hegeh & mereka percaya terhadap apa yang mereka ingin lakukan.
14. Orang berjaya sanggup labur duit untuk berjaya.
15. Orang berjaya suka bina NETWORKING. Anda adalah siapa kawan anda. Untuk hidup berubah, Upgrade kawan anda. Copy successful person, you’ll be successful.
16. Orang berjaya sudah buat keputusan awal untuk mereka berjaya.
17. Orang berjaya tidak bertangguh. Fast action fast result. Now or Never. Bisnes adalah tentang kepantasan. It’s all about SPEED.
18. Orang berjaya tidak hiraukan kutukan orang lain.
19. Orang berjaya selalu FOKUS. Fokus 1 produk, fokus 1 masalah. Bisnes wujud sebab adanya masalah. Di mana ada masalah di situ ada peluang.
20. Orang berjaya konsisten & persisten dalam apa yang mereka nak capai.
21. Jika kita nak capai satu benda yang kita tak pernah capai, kita kena berani buat perkara yang kita tak pernah buat.
#credit to Rahman Basri and Dr. Azizan Osman

PUDING ROTI

BAHAN-BAHAN:

10 keping roti putih-dicarik
4 biji telur saiz sederhana
1/2 cawan gula pasir
2 cawan susu rendah lemak
2 sudu teh esen vanilla
1 kotak kecil kismis
2 sudu makan majerin rendah garam

CARA MEMBUAT:

  1. sapukan majerin pada loyang segi empat sama.
  2. manakala dalam bekas yang berasingan, kacau telur putih bersama gula, tambahkan susu rendah lemak dan esen vanilla.
  3. kemudian masukkan roti yang dicarik ke dalam loyang tadi 
  4. tuangkan bancuhan tadi dan taburkan kismis diatasnya.
  5. bakar pada suhu 180C selama 30 minit.
MASA PENYEDIAAN: 20 MIN
MASA MEMASAK: 30 MIN

TIPS: puth telur digunakan untuk mengurangkan kandungan kolestrol dan susu rendah lemak mengantikan santanuntuk mengurangkan kandungan lemak tepu.

PUDING KRIM KARAMEL

BAHAN-BAHAN:

1 cawan gula
3 biji telur
1 tin susu cair3 sudu teh esen vanilla

CARA MEMBUAT:


  1. masakkan gula di dalam periuk kecil sehingga bertukar keperangan.
  2. tuangkan gula hangus ke dalam loyang pengukus.
  3. dalam bekas lain pula, pukul telur sehingga kembang.
  4. masukkan susu dan esen vanilla ke dalam telur tadi.
  5. tuangkan campuran tadi ke dalam loyang dan kukusselama 30 minit.
  6. apabila masak, sejukkan dalam suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
TIPS: jumlah gula boleh dikurangkan bagi mengawal pengambilan gula.

Sunday, August 18, 2013

Hello blogger..

Assalamualaikum....wbt...

selamat membaca blog saya.. saya cik liza. :)

blog ni saya buat untuk mengabadikan tulisan dan tinta serta tips dari buku dan majalah yang saya gemari. semoga apa yang saya tulis dalam blog ini, akan dapat terus di kongsi bersama. dan saya harap blog ini akan menjadi tatapan saya sendiri dan juga anak cucu saya kelak...InshaAllah...

segala apa yang saya akan post, saya mohon maaf terlebih dahulu sekiranya menimbulkan masalah pada mana-mana pihak. harap-harap tak ada la ya....:P

selamat membaca dan selamat mengomen..

terima kasih u all.....

xoxo from cikliza..